BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Khamis, 11 April 2019

Assalamualaikum korang.. punya lama aku xbukak blog aku nih.. smpi aku sendiri lupa akan kewujudan blog nih.. masa..

Masa aku yg xmenentu.. masa... banyak aku hbskan utk anak² aku.. komitmen aku dgn  tugas & tggjawab.. sebenarnya aku sendiri lupa password dan xsangka pulak.. aku blh buka agaknya selama ni blog ni aku tak pernah log out pun.. giler punya keje.. dr 2013 kot last aku catat.. hahaha... insya Allah aku cuba utk ceriakan semula blog aku nih wlupun.. org xpernah tahu pun kewujudan blog aku nih.. 

Jumaat, 30 Ogos 2013

Bukan semua orang tahu apa yang terkandung dalam hati kita, tak semua orang faham apa yang kita maksudkan... apa yang kita suka, apa yang kita tak suka... tak kan ada yang tahu dan faham waima orang yang berada paling rapat dengan kita... dia tak akan pernah tahu dan tak akan pernah faham akan isi hati kita...

Ahad, 25 Ogos 2013

Segala Terluah DiSini...

Ada sesuatu perkara yang kadang-kadang buat kita rasa sangat sayu...

Kadang-kadang secara tiba-tiba je hati kita menjadi terlalu sedih...
Sedang kita bergembira, dengan tiba-tiba kita mengalirkan air mata... bukan kerana terlalu gembira tetapi kerana kita terlalu sedih sebenarnya...

Kadang-kadang kita akan merasai diri kita tidak dihargai... tidak disayangi.. tidak dikasihi... kebanyakan apa yang terkandung dalam hati kita ini, banyak berkenaan dengan perasaan kita sendiri..

Sehinggakan kita terlupa tentang orang-orang yang disekeliling kita...
betapa pentingnya mereka dalam hidup kita.. betapa mereka amat memerlukan kita..
Bukan sahaja mereka yang HIDUP tetapi juga mereka yang telah TIADA..

Tidak Semestinya Bila Kita Tidak Ke Kuburnya menandakan kita tidak ingat padanya...
Tetapi di dalam Doa kita tak pernah Jua lupakannya..
Semuanya bagaikan bersangkut paut.. 
Kehidupan ini bagaikan roda, adakala kita diatas, dan adakalanya kita dibawah...

Dalam sesetengah perkara yang kita lakukan kadangkala kita amat mementingkan kesempurnaan..
Begitu juga dengan perbuatan dan tingkah laku kita...
Jika kita terlalu mementingkan kesempurnaan,
Semakin banyak pula kita melakukan kesilapan...

Oleh itu berpada-padalah dalam melakukan apa jua perkara dan pekerjaan..
Lebih elok lebih cantik...
biar buruk tetapi sedap mata memandang...

Assalam....